mcmc
Soalan Lazim

Soalan Lazim

1. S: Apakah peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)?  
J: Peranan NADI adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;

  • Menyediakan capaian internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.
  • Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam perniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
  • Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
  • Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing. 

2. S: Berapakah jumlah NADI yang di seluruh negara ketika ini?   
J: Sebanyak 911 NADI sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap NADI dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. NADI juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi kerajaan lain dan swasta. 37 NADI baharu akan dibuka pada suku pertaman tahun 2022. Sementara sebanyak 173 NADI akan ditubuhkan di bawah matlamat 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) 1 NADI. NADI ini dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada penghujung Disember 2022. Ini menjadikan sebanyak 1,097 NADI beroperasi di seluruh negara.

3. S: Apakah antara penambahbaikan yang dapat dilihat kepada NADI?  
J: Menerusi transformasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini terdapat lima (5) inisiatif transformasi yang akan dilaksanakan bagi merialisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara itu:

  • Pertamanya, menaik taraf kepada NADI yang akan meningkatkan aktiviti latihan dan membimbing bagi usahawan mikro.
  • Keduanya, penubuhan panel penasihat yang terdiri daripada masyarakat setempat di setiap NADI bagi menasihatkan, merancang pelbagai program dan menarik masyarakat setempat untuk memanfaatkan masyarakat setempat. 
  • Ketiganya, setiap NADI akan mempunyai IKON usahawan NADI dari kalangan usahawan setempat yang telah berjaya akan membantu dan memberi inspirasi kepada ushawan mikro tempatan.
  • Keempatnya, 600 rakan digital akan dilantik di 600 NADI terpilih bagi turut membantu membagi maklumat sokongan kewangan, melatih dan membangunkan usahawan mikro NADI.
  • Kelima, program Permerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang dilaksanakan hasil usaha sama bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta demi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan di NADI bagi mencapai pasaran yang lebih besar. 

4. S: Apakah bentuk latihan atau kurus yang ditawarkan di NADI? 
J: Setiap NADI menjalankn kursus-kursus dan latihan seperti:

  • Latihan ICT
  • Latihan Keusahawanan
  • Latihan Media
  • e-pembelajaran
  • Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro
  • Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkat kan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan .

    Pelbagai kurus keushawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan pernaigaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seprti AEON dan shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih dari agensi serta swasta. 

5. S: Bagaimanakah kita dapat memastikan objektif pembangunan NADI dapat dicapai dengan efektif? 
J: Bagi memperkukuhkan dan memperkemaskan lagi peranan NADI sebagi pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Penasihat NADI diwujudkan di sebuah NADI di seluruh negara. Objektif utaman Panel Penasihat NADI adalah untuk menggalakkan dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan NADI serta menarik masyarakat setempa untuk mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di NADI tersebut. Antara Tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Panel Penasihat/NADI adalah membantu dalam memastikan NADI mendapat sambutan komuniti setempat, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti promosi, sosial dan ekonomi berkaitan NADI. Memberi sokongan dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan program dijalankan di NADI bagi mendapatkan maklumat berkaitan masalah-masalah sosioekonomi masyarakat setempat dan bekerjasama antara masyarakat setempat dan pihak-pihak yang terlibat dalam usaha menangani masalah tersebut. Berkolaborasi dengan NGO, sukarelawan, persatuan dan pertubuhan dalam perlaksanaan aktiviti dan program di NADI, serta membantu dalam penyaluran maklumat-maklumat yang tepat berkaitan aktiviti, program dan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di NADI kepada kumpulan sasar dan masyarakat. 

6. S: Apakah peranan Rakan Digital NADI?  
J: Seramai 600 Rakan Digital NADI akan dilantik dan ditugaskan untuk menjalankan program-program yang dianjurkan oleh pelabagai agensi kerajaan dan swasta. Ini adalah tambahan tenaga kerja ke PEDi tersebut yang pada hakikinya mempunyai Pengurus dan Penolong Pengurus. Rakan Digital NADI akan menjalankan pelbagai latihan, akan menjadi penasihat kepada usahawan mikro serta membimbing mereka ke arah ekonomi digital. Mereka turut akan membantu usahawan tersebut untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi tertentu, jika diperlukan.

7. S: Apakah peranan Ikon Usahawan NADI?  
J: Usaha memperkasakan usahawan setempat ia akan disokong oleh ikon usahawan NADI iaitu usahawan kecil dari masyarakat setempat yang telah berjaya agar dapat memberi motivasi dan menyemarakkan semangat kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh, Puan Normala di NADI Kg. Durian Tawara, Bera, Pahang yang dikenali oleh masyarakat setempat. Ini secara langsung memberi akses untuk usahawan lain berinteraksi untuk mendalami pendekatan yang boleh memberi kejayaan kepada usaha mereka sendiri.

8. S: Apakah usaha yang akan diambil oleh PEDi untuk memperkasakan usahawan luar bandar dan miskin bandar?  

  • NADI akan menganjurkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan swasta.
  • Pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan kecil menjalan perniagaan secara dalam talian melalui platform e-dagang, memahami kebolehpasaran produk, khidmat dalam strategi penjenamaan, pemasaran, pembungkusan dan sebagainya. 
  • Program ini bermatlamat untuk mendorong 800,000 usahawan kecil beralih kepada pendigitalan menjelang tahun 2025.
  • Melalui program berkenaan, ia diharap dapat meningkatkan pengeluaran dan produktiviti yang akan menjana keuntungan, mengekalkan perniagaan serta pekerjaan sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan kapada keluarga Malaysia.

9. S: Apakah usaha ini dipantau?  

  • Kesemua aktiviti akan dipantau impaknya. Impak adalah dari segi peningkatan pendapatan oleh usahawan mikro yang telah menjalani bimbingan dan latihan di NADI.
  • Adalah disasarkan agar purata peningkatan usahawan mikro adalah sebanyak tidak kurang dari 30% berbanding dengan pendapatan sebelum memasuki Program Pemerkasaan Pendigitalan usahawan kecil.
  • Melalui pemantauan yang rapi ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat bertindak tangkas bersama agensi kerajaan lain serta pihak swasta untuk memperkemaskan aktiviti agar lebih mantap dan sesuai bagi usahawa mikro.