mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2023: CELIK IT – MUHAMMAD HAFIZI AFIQ

BELAJAR ASAS KOMPUTER SERTA CARA PENGGUNAAN KOMPONEN UTAMA KOMPUTER, ICT DAN E-PEMBELAJARAN

Nama : Muhammad Hafizi Afiq
Umur : 11 tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

 

Hafizi merupakan seorang pelajar sekolah rendah dan beliau ingin belajar menggunakan komputer untuk memahirkannya dalam penggunaan komputer serta ICT. Beliau juga ingin menambah pengetahuan pelajaran yang lain. Oleh itu, beliau berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) terdekat untuk mempelajari ICT dan kelas-kelas lain yang ditawarkan di PEDi.

Kelas pertama yang diikuti oleh Hafizi ialah Kelas Asas Pengenalan Komputer. Dalam kelas ini, Hafizi mempelajari perkakasan dan komponen-komponen yang terdapat di komputer. Setelah mengenali komponen dan peralatan, Hafizi diajar oleh petugas tentang fungsi-fungsi komponen dan peralatan komputer tersebut. Antara komponen utama yang dipelajarinya ialah fungsi monitor, tetikus, papan kekunci dan CPU.

Selain itu, Hafizi juga mengikuti kelas e-pembelajaran bagi pelajaran subjek yang ingin dipelajarinya. Semasa kelas ini, beliau dilatih menggunakan internet bagi penggunaan website pendidikan. Antaranya, Google bagi memudahkan pencarian maklumat. Antara aktivitinya adalah, aplikasi pembelajaran, tutorial, kuiz dan permainan pendidikan. E-pembelajaran ini telah membantu Hafizi dalam kefahaman subjek disekolahnya seperti subjek Matematik dan Bahasa Melayu. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti Kelas Asas Perkakasan Komputer dan E-Pembelajaran, Hafizi tidak mempunyai pengetahuan berkenaan komputer serta penggunaan Website Pendidikan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti Kelas Asas Perkakasan Komputer dan E-Pembelajaran, Hafizi telah mahir menggunakan komputer dan Website Pendidikan. Beliau juga telah mempunyai asas untuk penggunaan internet