BELAJAR ASAS KOMPUTER SERTA CARA PENGGUNAAN KOMPONEN UTAMA KOMPUTER DAN MICROSOFT WORDS
| Nama | : M. Irfan Shoki Bin Sopi Zamani |
| Umur | : 11 tahun |
| Ahli | : 2021 |
Latar belakang
Irfan merupakan seorang pelajar sekolah rendah. Beliau ingin belajar cara menggunakan komputer untuk memahirkannya dan menambahkan lagi pengetahuan ICT secara lebih meluas. Oleh itu, beliau berkunjung ke pusat internet komuniti untuk mempelajari ICT secara lebih mendalam dan mengikuti kelas yang ditawarkan di pusat internet.
Kelas pertama yang diikuti oleh Irfan ialah Kelas Asas Perkakasan Komputer. Dalam kelas ini, Irfan belajar mengenal komponen dan peralatan utama komputer serta fungsi dan kegunaannya. Antara komponen utama yang dipelajarinya ialah fungsi monitor, tetikus, papan kekunci dan CPU. Beliau juga diberi pendedahan menaip dan menggerakkan tetikus sebagai asas penggunaan komputer.
Selain itu, Irfan juga mengikuti kelas Asas Microsoft Words. Semasa kelas ini, beliau dilatih menggunakan Microsoft Words secara asas seperti menaip ayat, membuat jadual dan menghias gambar serta penulisan mengikut format yang terdapat di menu Microsoft Word tersebut. Hal ini kerana, Microsoft Words sapat membantu beliau dalam membuat tugasan sekolah yang diberikan dengan lebih mudah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti Kelas Asas Perkakasan Komputer dan Microsoft Words, Irfan tidak mempunyai pengetahuan berkenaan komputer serta penggunaan Microsoft Words.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti Kelas Asas Perkakasan Komputer dan Microsoft Words, Zayyan telah mahir menggunakan komputer dan Microsoft Words. Beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan Microsoft Words.