BELAJAR ASAS ICT, INTERNET DAN E-LEARNING.
| Nama | : Muhammad Arif Hakim bin Narizam |
| Umur | : 11 tahun |
| Ahli | : 2024 |
Latar belakang
Arif merupan seorang pelajar sekolah rendah yang tiada kemudahan komputer dirumahnya. Arif mempelajari ilmu ICT hanya sewaktu subjek pembelajaran ICT di sekolahnya. Oleh itu, beliau ingin lebih mahir menggunakan komputer untuk membolehkannya mengikuti pembelajaran subjek ICT di sekolah dan menambah pengetahuan ICT semasa. beliau berkunjung ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Pauh untuk mempelajari ICT dengan lebih mendalam melalui kelas yang ditawarkan di NADI.
Kelas pertama yang dihadiri oleh Arif ialah Kelas Soft Skills: 3D Puzzle. Melalui kelas ini, Arif dapat mempelajari kelebihan dari teknologi 3D Puzzle yang diterapkan do bahan yang disediakan. Ia dapat membentuk kemahiran Kognitif dan kreativiti Arif. Selain itu, Arif juga menyertai kuiz-kuiz dari kelas yang disediakan oleh NADI. Antaranya adalah kuiz Bahasa Melayu dan Matematik. Kuiz-kuiz ini membantu Arif menambah pengetahuan subjek sekolah melalui pembelajaran secara atas talian.
Arif turut mempelajari Kelas Asas ICT seperti Kelas Asas Microsoft Word dan Kelas Asas Pencarian maklumat di internet. Pmebelajaran yang diikuti, membantu Arif mencari dan menyiapkan maklumat yang diperlukan dengan lebih cepat dan pantas. Arif juga tidak ketinggalan mengikuti kelas E-Pembelajaran dan STEM IOT bagi meluaskan lagi ilmu pengetahuan ICT serta Sains dan Matematik dengan lebih mudah dan difahami.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti Kelas Asas ICT, Arif tidak mempunyai pengetahuan penggunaan Internet, Microsoft Word dan subjek-subjek E-Learning.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti Kelas ICT, Arif kini telah mahir menggunakan Internet, Microsoft Word dan E-learning. Beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan Microsoft Word sebagai aplikasi penting untuk pembelajarannya dan dapat menambah latih tubi subjek yang dipelajari melalui E-Pembelajaran.