mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2022: CELIK IT – MUHAMMAD ZHARIFF ZAYYAN BIN HASMADI

BELAJAR ASAS KOMPUTER SERTA CARA PENGGUNAAN KOMPONEN UTAMA KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Muhammad Zhariff Zayyan bin Hasmadi 
Umur : 7 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

 

Zayyan merupakan pelajar sekolah rendah. Beliau ingin memahirkan diri dalam penggunaan komputer dan juga ICT. Oleh itu, beliau ingin mahir menggunakan komputer dan internet untuk menambah ilmu serta pengetahuan dalam ICT. Beliau berkunjung ke pusat internet untuk mempelajari kemahiran penggunaan komputer dan juga ICT secara lebih meluas dan turut mengikuti kelas yang ditawarkan di pusat internet.

 

Kelas pertama yang diikuti oleh Zayyan ialah Kelas Asas Komponen Komputer. Kelas ini membantu Zayyan mengenal peralatan dan fungsi fungsinya. Setelah mengikuti kelas komponen komputer, beliau juga telah diajar cara bagi menggunakan aplikasi Google dan juga Youtube. Beliau dibimbing oleh petugas cara penggunaan Youtube dan Google

 

dengan cara yang betul. Sebagai contoh bagi pencarian maklumat menerusi Google. Selain itu, Zayyan dibimbing menggunakan internet bagi E-pembelajaran dalam talian.

 

Pembelajaran ini membantu Zayyan memahami subjek atau silibus pelajaran sekolahnya secara dalam talian dari pelbagai sumber internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum mengikuti Kelas Asas Perkakasan Komputer dan Internet, Zayyan tidak mempunyai pengetahuan berkenaan komputer serta penggunaan Internet.   

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Selepas mengikuti Kelas Asas Perkakasan Komputer dan Internet, Zayyan telah mahir menggunakan komputer dan Internet. Beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan Internet sebagai aplikasi penting untuk pembelajarannya.