mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2023: CELIK IT – MUHAMMAD EMYRUL EIZLAN BIN AZMI

BELAJAR PENGHASILAN RESUME DAN MELAYARI PORTAL PENCARIAN PEKERJAAN 

Nama : Muhammad Emyrul Eizlan Bin Azmi
Umur : 24 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

 

Emyrul merupakan seorang pelajar lepasan Institut Pengajian Tinggi. Beliau ingin belajar tentang penggunaan ICT. Beliau ingin mahir dalam pengguasaan ICT. Selain mempunyai ilmu ICT di Institut Pengajian Tinggi yang telah beliau pelajari, beliau ingin meluaskan pengetahuan ICT beliau. Oleh itu, beliau berkunjung ke pusat internet iaitu Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pauh untuk mempelajari kemahiran ICT secara lebih mendalam dan mengikuti kelas yang ditawarkan di PEDi.

 

Kelas pertama yang diikuti oleh Emyrul ialah kelas penghasilan resume dan cover letter kerja. Emyrul belajar tentang penghasilan resume dan cover letter dengan mengisi info dan data mengenai beliau. Info dan data tersebut disenaraikan mengikut kesesuaian semasa agar beliau sentiasa memberi info kerjayanya yang terkini dan bersesuaian.

 

Selain itu, Emyrul juga mengikuti kelas pengisian permohonan kerja di laman sesawan seperti MyFutureJobs & Jobstreets. Emyrul diberi panduan tentang cara pengisian maklumat kerja. Selain mengisi maklumat, Emyrul juga diajar tentang cara menaip ayat memohon kerja melalui email.

 

Emyrul juga belajar tentang penggunaan internet seperti aplikasi Google Maps. Penggunaan aplikasi seperti ini membantu Emyrul cara pengumpulan data dengan cepat dan tepat. Ini juga akan membantu Emyrul bagi penggunaan ketika di alam pekerjaan nanti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti Kelas Penghasilan Resume, Emyrul tidak tahu cara penghasilan resume dan cover letter yang baik dan terikini. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti Kelas Penghasilan Resume dan Pencarian Kerja, Emyrul mempunyai pengetahuan tentang cara penghasilan resume dan kemaskinian info kerjayanya agar sentiasa berada di tahap yang terkini bagi memudahkan beliau mencari pekerjaan. Beliau juga turut mempunyai asas tentang penggunaan aplikasi Google yang lain dari semasa ke semasa.