mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2024: CELIK IT – MUHAMMAD ADAM HAIKAL

BELAJAR ASAS KOMPONEN KOMPUTER DAN INTERNET SERTA CARA PENGGUNAAN GOOGLE DAN YOUTUBE

Nama : Muhammad Adam Haikal
Umur : 9 tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

 

Haikal merupakan seorang pelajar sekolah rendah. Beliau ingin belajar menggunakan komputer dan menambah pengetahuan asas ICT. Jadi, beliau berkunjung Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk mempelajari komputer dan ICT secara lebih mendalam.

Haikal telah menghadiri kelas Asas Komponen Komputer untuk kelas pertamanya. Setelah mempelajari komponen komputer, Haikal diajar cara pemcarian maklumat di Google dan juga di Youtube. Antara pencarian maklumat di Google dan Video yang ingin ditonton di Youtube.

Selain itu, Haikal juga diajar menggunakan internet bagi sumber pembelajarannya. Antaranya adalah bermain Kuiz Pendidikan di laman web Pendidikan. Haikal juga dapat mengikuti subjek atau silibus pelajaran sekolahnya dari pelbagai sumber internet. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti Kelas Asas Komponen Komputer dan Penggunaan Internet, Haikal tidak mahir menggunakan komputer dan Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti Kelas Asas Komponen Komputer dan Penggunaan Internet, Haikal telah mahir menggunakan komputer. Selain itu, Haikal juga mahir menggunakan Google dan Youtube.