BELAJAR ASAS KOMPONEN KOMPUTER DAN INTERNET SERTA CARA PENGGUNAAN YOUTUBE DAN GOOGLE
| Nama | : Shahrul Akmal bin Ridzuan |
| Umur | : 8 tahun |
| Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Shahrul merupakan seorang pelajar sekolah rendah. Beliau ingin memahirkan diri dalam ICT. Oleh itu, beliau ingin mahir menggunakan komputer dan internet untuk menambah ilmu pengetahuan dalam ICT. Jadi, beliau berkunjung ke pusat internet untuk mempelajari kemahiran ICT secara lebih mendalam dan mengikuti kelas yang ditawarkan di pusat internet.
Kelas pertama yang diikuti oleh Shahrul adalah Kelas Asas Komponen Komputer. Setelah mengikuti kelas ini, beliau juga telah diajar cara untuk menggunakan aplikasi Google dan Youtube. Beliau dibimbing oleh petugas cara untuk menggunakan Youtube dan Google dengan cara yang betul. Sebagai cara untuk mencari video dan membuat carian di Google.
Selain itu, Shahrul juga dibimbing menggunakan internet untuk pembelajaran dalam talian. Sebagai contoh, bermain kuiz dil Wordwall di website. Di samping memahirkan diri dalam ilmu ICT, Shahrul juga mempelajari subjek atau silibus pelajaran sekolahnya secara dalam talian dari pelbagai sumber internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer dan Penggunaan Internet, Shahrul tidak mahir menggunakan komputer dan tiada asas penggunaan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti Kelas Asas Komputer dan Penggunaan Internet, Shahrul telah mula mahir menggunakan komputer. Slain itu, Shahrul juga mahir menggunakan internet seperti Youtube dan Google.