Panel Penasihat NADI telah ditubuhkan bagi melancarkan operasi NADI Kampung Pauh. Penubuhan Panel Penasihat ini terdiri daripada penduduk setempat yang merancang pelbagai program serta menarik masyarakat setempat dalam memanfaatkan penduduk setempat. Ahli Panel Penasihat NADI ini menjadi wakil kepada petugas untuk berhubung terus dengan komuniti setempat Kampung Pauh. Dengan wujudnya Panel Penasihat ini, ia memudahkan tugas petugas petugas NADI ini untuk membuat sebarang hebahan dan makluman tentang program atau aktiviti yang akan dilakukan oleh NADI dan juga berunding bersama komuniti setempat. Panel Penasihat juga bertindak sebagai pasukan penggerak bagi NADI Kampung Pauh.