mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

Masjid-Al-Maghfirah

Kemudahan awam yang terdapat di Kampung Pauh boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balai raya, padang bola, jalanraya berturap, pondok telefon dan masjid turut terdapat di Kampung Pauh.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Pekan Simpang Empat dan Sanglang.

 

Masjid

Masjid Al-Maghfirah Kampung Kepala Batas Pauh, 02800 Simpang Empat, Perlis

 

Pusat-Khidmat-Adun-Sanglang

Pusat Khidmat Adun Sanglang