Program ini adalah usahasama MCMC Negeri Perlis dengan kerjasama NADI Parlimen Arau. Antara pengisian utama ialah Program Kempen Internet Selamat (K.I.S.) yang menyasarkan murid tahap dua (10-12 tahun) sekolah rendah.
Taklimat KIS dijalankan secara dalam kumpulan (pergerakan murid mengikut stesen) dengan sokongan staf NADI Kampung Pauh, NADI Batas Lintang, NADI Kampung Surau, NADI Tambun Tulang, dan NADI RPA Arau.
KIS kali ini menggunakan Modul 2 Sekolah Rendah (10–12 Tahun) melibatkan 82 orang murid Tahap 2. Mereka ditempatkan di dewan terbuka sekolah dan mengikuti lima pelajaran utama.
Tarikh: 22 Julai 2025 (Rabu)
Masa: 1.00 – 2.30 petang
Tempat: SK Long Boh







